Ahad, 17 Februari 2013

Rumput Halaman Rumah

5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah


1.         Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.
2.         Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.
3.         Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita.  Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah ada rumput macam padang golf, selang tiga rumah lagi, itu lah rumah dia”
4.         Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.
5.         Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 Faedah Utama Rumput.
1.        Menghalang hakisan tanah.  Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.
2.        Mengurangkan habuk.  Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3.        Mengelakkan larian permukaan.  Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.
4.        Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.
5.        Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.
6.        Membekalkan oksigen.  Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7.        Penyejukkan.  Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8.        Kecantikkan.  Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.
9.        Nilai hartanah.  Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.
10.     Kawasan sukan dan rekreasi.  Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.
But we will only look at a few basic things (this is – after all – a website for grass) about landscape.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan